Sunday, 17 February 2013

aktiviti Si Gadis time cuti


Aktiviti ‘Si Gadis’ Semasa Cuti Pertengahan Semester 4

Bismillahirrahmanirrahim.. hai semua…Assalamuaikum, selamat sejahtera, selamat pagi, selamat petang selamaat malam, dan salam satu MALAYSIA.. J..Alhamdulillah, ‘Si Gadis’ masih berpeluang untuk berkongsi pengalaman hidup kepada korang semua..sesuai dengan tagline ‘Si Gadis’, apa yang ‘Si Gadis’ sharekan dalam blog ni berdasarkan pengalamann…’Si Gadis BELAJAR DARI ALAM’..mendalam maksud tagline tu..hanya yang memahami yang mengerti.. banyak jugak eh Si Gadis membebel.. jangan meluat erk..hehehehe..normal la tu..Gadis Universiti lah katakan…J

Wokeiyh..kali ni Si Gadis nak share..Majlis pertunangan yang seba ringkas tapi sungguh meriah telah di adakan dikampung SI Gadis.. Majlis pertunangan tu majlis pertunangan sepupu Si Gadis. So, mestilah melibatkan kehadiran Si Gadia dan sesiapa sahaja yang ad sangkut  paut dengan keluarga kami yang berjantina perempuan.. Nak tahu sebab ape? Sebab khidmat kitorang amat diperlukan untuk mengangkat barang hantaran. Hari tu Si Gadis sempat posing sebelum pergi ke rumah pihak perempuan. Si Gadis nak share gambar sebenarnye..Tu je pun adoi nye pun..hehe



Sebelum gi rumah pihak perempuan..
temny kaler pink gitu...:)
dari kiri:Si Gadis, Kakak, dan Kawan kakak
hanya mampu tersenyum..

  


hehe..
Nk tunjuk tu je...gambar ramai2 tak perlu rasanya..jaga privacy orang len..hehe.. Sekarang, Si Gadis punya cousin dah pun selamat diijabkabulkan dengan wanita piihannya..eh..gago juak saya towk..hehe..hbis cerita orang bertunang, bukak cita lain pulak...hbis dari majlis bnertunang, terus laju2 bawk motosikal balik rumah..Si Gadis tak sabar nak tengok hasil tangan sendiri buat triffle.. Si Gadis rasa pilu sebab tak dapat nak kongsi ngn korang cara2 nak buat triffle tu dalam blog kali nieh..lain kali, kalau Si Gadis memang free, Si Gadis akan tunjuk cara nak buat triffle nieh.. cerita punya cerita, korang tahu tak apa tu triffle? Triffle adalah sejenis desert yang sungguh enak untuk dimakan. Mungkin dalam post yang akan datang Si Gadis akan tunjuk resepi dan cara buatnya sekali k..sekarang Si Gadis kat hostel..susah nak buat benda macam ni..okeiyh, di sini, Si Gadis share la sikit macam mana rupa bentuk triffle hsil tangan Si Gadis..Kalau nak tau jugak cara buatnya, boleh google taupun carik  Si Gadis k.



satu......snap!!

dua..snap!!

tiga..snap!!

Korang nak tau tak, Bapak Si Gadis sentiasa beri sokongan kepada Si Gadis..Beliau cakap memang sedap hasil tangan Si Gadis..walaupun sebenarnya, biase je pon.. Thank you BAPAK ah .. Bapak beri pujian sebab nak Si Gadis ni sentiasa bersemangat,rajin dan entiasa ingin mencuba perkar yng baru..sesuai dengan tagline Si Gadis..”BELAJAR DaRI ALAM”..fahami dan dalami dengan intuisi dan mata hati k…Semoga berjumpa lagi dalam post yang seterusnya.. bye//Assalammualaikum!! J

Saturday, 16 February 2013

i'tiraf~lagu raihan~


Bismillahirrahmaanirahim... Assalammualaikum semua.. Selamat petang!! 'Si Gadis' tengah take five nieh.. nak ajak korang hayati lirik lagu ni sebentar.. Baca lirik lagu nieh dengan intuisi dan mata hati. 'Si Gadis' harap lagu nieh dapat menimbulkan keinsafan dalam diri kita semua ye..


                                                                                 I'TIRAF





IKTIKAF


Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu



Kawan-kawan. Mungkin lirik lagu ni nampak sangat simple kan?? tapi, bagi diri 'Si Gadis' lagu ni memberi kesan yang amat mendalam. Kalau dengar lagu ni sorang-sorang dalam bilik kat hostel especially time semua orang balik, memang tertitis jugak airmata ni. Kadang-kadang rasa bersalah menghantui diri.Time susah baru ingt Tuhan. Time nak exam baru ingat tuhan. But the way, kita manusia ni memang tak akan pernah lari dari kesilapan. Kita tak sempurna, tapi kita mesti sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kita kepada Yang Mencipta kita agar hati kita sentiasa tenang. InsyaAllah.. Sekian sahaja ceramah free yang simple dan berguna untuk hari ini. Nanti post benda lain pulak k.. Tq luangkan masa baca blog nieh. Jangan lupa dengr lagu ni kat youtube erk!! bye!! Assalamualaikum~~~ peace no WARRRRRR!!! :D




Friday, 15 February 2013

Kenangan Si Gadis semasa Sekolah Menengah

Bismillahirahmaanirrahim. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa sahaja yang sedang membaca blog 'Si Gadis' ini.. Dengan penuh harapan, 'Si Gadis' berharap kalian sentiasa ingin tahu dan dapat bertukar-tukar pandangan  tentang apa yang 'Si Gadis' paparkan dalam blog ini. Ok, straight to the point,  'Si Gadis' nak ceritakan tentang beberapa pengalaman dan kenangan yang terlalu indah untuk dikenangkan semasa sekolah menengah. Cewah.. :)  Jom hayati.. :)..Oh ya, sebelum tu, izinkan 'Si Gadis' membahasakan diri sebagai aku.

Peritiwa Pertama (2010)
  Tanggal 12 Julai 2010, sekolah aku telah mengadakan satu aktiviti secara besar-besaran iaitu Hari Koperasi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan hari tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah aktiviti jualan barang dan makanan, pertandingan stall yang unik, kempen derma darah, pertandingan memasak, pertandingan karaoke, kuiz pengguna, eksplorace dan sebagainya. Sesungguhnya memang banyak ktiviti yang dijalankan pada hari tersebut..tapi maaf ya,tak dapat nak ingat semua aktiviti tu. Aku hanya ingat aktiviti yang aku join sahaja..almaklumlah, 3 tahun sudah berlalu.
Kuah laksa penang
  Antara aktiviti yang saya join pada hari tersebut ialah membuat laksa penang.. Ok, sebelum tu nak tanya, ada sesiapa yang pandai buat Laksa Penang kat sini? Kalau ada, sila komen dan post kt situ 'SAYA PANDAI BUAT LAKSA PENANG'. Bagi yang suka makan Laksa Penang, sila postkaan kat ruang komen tu 'SAYA SUKA MAKAN LAKSA PENANG'..ok? Korang spoting kan? Aku ni bukannya apa. Hanya ingin kongsikan pengalaman melakukan bisnes ni. Memang best sangat sebab dapat banyak keuntungan melalui jualan Laksa Penang. Di sini ku akan sertakan beberapa gambar yang berkaitan dengan aktiviti ni.
Ikan kembung besaar entah berapa kilo telah direbus, diasingkan tulang, dan di tumbuk lumat untuk menghasilkan kuah laksa yang mantap.


aku tolong tengok je dulu..warming up gitu.

potong bawang

kite dua org jugak yang jadi pencuci pinggan

Potong limau nipis 

potong nenas

Aku sebenarnya ahi persatuan sains dan matematik. Jadi, kami telah sebulat suara untuk memilih Laksa Penang sebagai makanan jualan pada hari tersebut. Korang nak tau, jumlah kutipan wang hasil jualan kami pada hari tersebut adalah sebanyak RM860.00.,Memang untung sebenarnya kalau kita melakukan aktiviti seperti ini. Antaranya ialah dapat belajar berdikari dan merasai bagaimana nikmatnya mendapatkan duit hasil titik peluh sendiri. Melalui aktiviti ni juga, kitorang dapat bekerjasama dan mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli persatuan kami. Memang best sebab tambahan pula stall kami dapat anugerah stall yg unik. Mintak maaf tak dapat nak kongsikan gambar stall sebab gambar tu dah terdelete dari laptop.hehe..

PERISTIWA 2(2010)

  Pada hari yang sama, aku ada join beberapa aktiviti di samping mengadakan jualan. Tapi agak lucu la. Sebab aku langsung tak ada bakat dalam bidang nyanyian. Aku ikut serta pertandingan tu pun sebab nak berhibur dan wakil dari stall Persatuan Sains dan Matematik saje pun. Nak tau tak aku join pertandingan karaoke. Sebelah paginya, lepas habis letak barang jualan kat stall, aku terus pergi ke kaunter pendaftaran untuk menyertai pertandingan tu. Bak kata orang Sarawak "gasak jak sia". Aku pilh ja mana-mana lagu  yang tak memerlukan kelantangan vokal suara dan lgu yang agak rancak. Pilih punya pilih, ahernya aku jumpa lagu yang agak molek untu dinyanyikan iaitu Hai Hai Bye Bye. Ingatkan peserta sikit  sahaja. Rupa-rupanya kitorang ada proses penyingkiran sebab terlalu ramai..Terpaksa nyanyi setengah lagu ja bagi menjimatkan masa.Tapi tak perlu lah tarik bagasi balik kampung sebab tu aktiviti on the spot. :) Tak sangka pula, dalam berpuluh-puluh peserta yg menyertai pertndingan tu, aku termasuk dalam 10 peserta yang masuk final. Aku pun tak sangka sebenarnya. haha haha (ketawa la lagi)..Lepas habis separuh akhir tu,aku kembali ke stall dan jadi cashier balik kat  situ..Tapi untuk beberapa minit sahaja. Nak tahu sebab apa? Sebab aku join pertandingan EKSPLORACE bersama sahabatku. Terpaksa guna sport attire. Memang aku rasa aku paling busy. Tapi happy sangat sebab kumpulan EKSPLORACE aku mndapaat tempat pertama. Memang kembang kembis hidung my group dapat pujian dari cikgu. Setengah jam sahaja aku rehat, aku terpaksa guna baju yg smart dan cantik-cantik sebab pertandingan nyanyian dah nak mula..Lepas salin pakaian, aku terus pergi ke belakang pentas untuk proses cabut undi. Aku dapat giliran yang pertama. Molek sangat lah tu sebab aku tak suka tunggu lama-lama kat kawasan tu. Memang nervous sebab penonton petang tu agak ramai.  Dah lah time aku nyanyi kat atas pentas tu memang ramai yang bagi bunga kat aku. Habis bunga kat kawasan tepi sekolah tu orang petik. Bising pengetua lepas tu. haha  Orang memang terkejut tengok aku yang agak pemalu berkelakuan seperti org gila ketika berada di atas pentas. Tapi aku happy sangat sebab semua guru penasihat persatuan yang duduk kat dalam stall tu lari ke depan pentas dan sama-sama nyanyi bersama aku.Memang agak sengit la pertandingan tu sebab orang yang bertanding menyanyi tu adalah ahli nasyid sekolah dan kumpulan anak seni sekolah. Aku sahaja yang tersesat bidang kat situ. Tapi alhamdulillah, tanpa ku duga aku mnjadi juara untuk pertandingan nyanyian pada hari tu. Memang rezeki. Selepas selesai sesi pembahagian hadiah, aku dan rakanku terus ambil gmbar sebagai kenangan.

sekitar pentas pertandingn nyanyian sewaktu pertndingan belum  bermula.

Rakan seperjuangan yang menyertai pertandingan eksplorace.

Semua budak dari kelas 5A.

Nah..tu adalah Si Gadis..hehe

guru penasiht persatuan aku yang dah tak sabar nak melompat depan pentas.
Posing sebelum balik bukak hadiah

Ni pulak time aku jadi cashier sementara kat stall bersama cik bendahari..

Penat jugak dah tangan ni menaip. Dahla keyboard aku rosak.hehe.. Sekian sahaja untuk kali ini. Kalau nak tahu apa-apa sahaja tentang pengalaman aku melalui sisa kehidupan di dunia yang fana ini, teruskan follow apa yang aku update sehingga aku menghembus nafas terakhir. sekian,. Assalammualaikum.. Thank you sudi baca erk. (komen banyak2) hehe..bye~~~~~





































































































































































KakiBlog